FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN
KEWARGANEGARAAN
Peruntukan - peruntukan pemerolehan
kewarganegaraan di senaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 28 pula menyenaraikan ciri-ciri yang
berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan.
Perlembagaan
Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Perlembagaan
Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara. Kewarganegaraan
perkara 14-31 terkandung dalam butiran ketiga. Bagi penamatan kewarganegaraan
terbahagi kepada dua iaitu Penolakan dan Pelucutan.
Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam
menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka
yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang
menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan,
keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN
KEWARGANEGARAAN
Peruntukan - peruntukan pemerolehan
kewarganegaraan di senaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 28 pula menyenaraikan ciri-ciri yang
berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan.
Perlembagaan
Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Perlembagaan
Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara. Kewarganegaraan
perkara 14-31 terkandung dalam butiran ketiga. Bagi penamatan kewarganegaraan
terbahagi kepada dua iaitu Penolakan dan Pelucutan.
Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam
menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka
yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang
menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan,
keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara.
1. SESEORANG INDIVIDU ITU TELAH
MENJADI WARGA ASING.
Individu
tersebut tidak lagi berminat untuk
mengekalkan kewarganegaraan yang dimilikinya dengan cara mendaftar
kewarganegaraan di neraga lain.
Sebagai contoh : Shila Hamzah , beliau telah
mendaftar kewarganegaraan beliau di China dan kini beliau telah sah menjadi
warganegara China.
- PERKARA
24, pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan
kewarganegaraan asing, dan sebagainya.
(1) Jika
Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh
kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran,
penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain
perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan orang itu.
(2) Jika
Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah menuntut
dan menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa
hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak
yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu, maka Kerajaan
Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.
(1) Tanpa
menjejaskan keluasan Fasal (2), penggunaan hak undi dalam mana-mana pemilihan
politik di sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai
penuntutan dan penggunaan yang sukarela suatu hak yang terdapat di bawah
undang-undang tempat itu; dan bagi maksud Fasal (2), seseorang yang, selepas
tarikh yang ditetapkan* oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud
Fasal ini--
(2) memohon
kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport
dikeluarkan atau dibaharui; atau
(3)
menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai dokumen
perjalanan,
(4) hendaklah
disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di
bawah undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus
kepada warganegara tempat itu.
(5) Jika
Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi
warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh
kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya
dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.
2. MENDERHAKA TERHADAP KERAJAAN
SEMASA PEPERANGAN DENGAN MENJALANKAN URUSAN ATAU PERNIAGAAN DENGAN MUSUH
NEGARA.
Umpamanya, menjalankan perhubungan atau perniagaan dengan negara
atau musuh negara seperti Israel. Semua warganegara Malaysia adalah dilarang
sama sekali daripada mempunyai hubungan dalam apa jua bentuk dengan negara
Israel.
Jika keadaan ini berlaku, pihak kerajaan melalui hak-haknya di
dalam perlembagaan akan menarik balik kewarganegaraan individu tersebut.
3. SESEORANG WARGANEGARA TELAH MEMBUKTIKAN DIA TIDAK SETIA KEPADA
NEGARA SAMA ADA MELALUI PERCAKAPAN ATAU TINDAKANNYA YANG BOLEH MENCEMAR
KESELAMATAN DAN KEDAULATAN NEGARA.
Kewarganegaraan juga boleh dilucutkan oleh perlembagaan jika
individu tersebut membuktikan bahawa dia tidak lagi setia kepada negara melalui
tindakan atau percakapannya.
Penderhakaan yang dilakukan oleh individu tersebut sama ada di dalam
mahupun di luar negara juga menyebabkan perlembagaan berhak menarik balik
kewarganegaraan seseorang itu.
4. BERMASTAUTIN DI NEGARA ASING LEBIH 5 TAHUN SECARA BERTERUSAN
TANPA MENDAFTAR DIRI DI PEJABAT KONSUL PERSEKUTUAN.
Begitu juga dengan individu yang telah bermastautin di negara
asing selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor
atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
Pelucutan kewarganegaraan ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan
berdasarkan hak-hak di dalam perlembagaan melalui proses kehakiman.
5. DIHUKUM PENJARA LEBIH DARIPADA 15 BULAN ATAU DIDENDA TIDAK
KURANG DARIPADA RM5000 TANPA PENGAMPUNAN BAGI KESALAHANNYA DALAM TEMPOH 5
TAHUN.
Selain itu, seseorang warganegara yang mendapatkan
kewarganegaraannya melalui pendaftaran tadi turut tidak terlepas daripada tindakan
pelucutan kewarganegaraannya jika individu tersebut dipenjara tidak melebihi 12
bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa mendapat pengampunan bagi
kesalahan tersebut.
6. MEMPEROLEH KEWARGANEGARAAN SECARA TIPU ATAU PALSU.
Seseorang yang mempunyai kewarganegaraan secara tipu atau palsu
contohnya pendatang asing yang ingin bekerja di negara Malaysia tanpa
memperoleh kewarganegaraan yang diluluskan oleh pihak tertentu.
7. BERKHIDMAT DI BAWAH KERAJAAN NEGARA ASING.
Kewarganegraan juga boleh dilucutkan apabila seseorang itu
berkhidmat di bawah kerajaan negara asing. Contohnya, seseorang yang
membocorkan hal kerajaan Malaysia kepada negara asing dengan tujuan untuk
menjatuhkan Malaysia. Jelas, seseorang itu berkhidmat di bawah kerajaan negara
asing.
8. MENYALAHGUNAKAN HAK RAKYAT.
Di samping itu, kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan
kewarganegaran seseorang itu sekiranya telah secara sukarela menuntut dan
menggunakan hak yang hanya diberikan untuk rakyat negara lain sahaja. Contohnya,
jika di dalam sebuah negara itu hanya rakyat negara itu dibenarkan membuang
undi dan seseorang rakyat Malaysia telah pergi membuang undi, maka dia mungkin
boleh dilucutkan kewarganegaraannya.
9. MENCEMARKAN NAMA NEGARA, MENGKRITIK KERAJAAN ATAU RAJA-RAJA, TIDAK
SEHALUAN DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK DAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG.
Mencemarkan nama negara, mengkritik kerajaan atau Raja-raja,
tidak sehaluan dengan mana-mana parti politik dan melanggar undang-undang
adalah antara alasan yang sering digunakan oleh gerombolan tertentu untuk
‘mendesak’ supaya seseorang atau sesuatu kumpulan itu dilucutkan
kewarganegaraan mereka.
10. MENGHINA JALUR GEMILANG TERMASUK DENGAN MENGIBARKAN BENDERA SANG
SAKA MALAYA.
Perbuatan menghina bendera negara adalah kesalahan serius dan
tidak boleh dimaafkan kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan
negara.
Bagi pengibar atau pejuang
yang ingin menjadi Malaysia sebagai republik, mereka menjadikan Sang Saka
Malaya sebagai pencetus semangat untuk mengajak rakyat sehaluan dengan mereka
turut serta.Jelas sekali hasrat kumpulan berkenaan tidak boleh dipandang
ringan. Mereka sedang mengajak rakyat untuk bangkit menentang
kerajaan.
Sang Saka Malaya, merupakan bendera merah putih dengan 12 bintang
kuning disusun tiga baris empat jalur dilaporkan bendera milik sebuah persatuan
pergerakan kiri di negara ini pada era 1940-an.
Pergerakan itu
memperjuangkan kemerdekaan tanpa pembabitan raja-raja Melayu, dan oleh itu
boleh dikatakan cenderung kearah pembentukan sebuah republik, (melalui
penyatuan dengan Indonesia) sama seperti yang berlaku di Indonesia,
di mana raja-raja tempatan telah kehilangan ("dilucutkan") kuasa
masing-masing semasa pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia.
Bagi pengibar atau pejuang
yang ingin menjadi Malaysia sebagai republik, mereka menjadikan Sang Saka
Malaya sebagai pencetus semangat untuk mengajak rakyat sehaluan dengan mereka
turut serta.Jelas sekali hasrat kumpulan berkenaan tidak boleh dipandang
ringan. Mereka sedang mengajak rakyat untuk bangkit menentang
kerajaan.
11. SEORANG WANITA MENJADI WARGANEGARA ASING MELALUI PERKAHWINAN DENGAN
LELAKI NEGARA BERKENAAN.
Kerajaan persekutuan boleh
melucutkan kewarganegaraan seseorang wanita yang menjadi warganegara melalui
pendaftaran telah memperolehi kewarganegaraan asing melalui perkahwinannya
dengan seorang yang bukan warganegara Malaysia.
Jika Kerajaan Persekutuan
berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui
pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan
mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang
yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah
melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.
Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui
pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 jika berpuas hati bahawa perkahwinan
yang disebabkan olehnya perempuan itu didaftarkan telah dibubarkan, melainkan
disebabkan oleh kematian, dalam tempoh dua tahun mulai dari tarikh perkahwinan
itu.
12. PELUCUTAN KEWARGANEGARAAN
ANAK ORANG YANG HILANG KEWARGANEGARAAN.
Jika seseorang telah melepaskan kewarganegaraannya atau telah
dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal (1) Perkara 24 atau perenggan (a)
Fasal (1) Perkara 26, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah
melucutkan kewarganegaraan mana-mana anak orang itu yang di bawah umur dua
puluh satu tahun yang telah didaftarkan sebagai warganegara menurut
Perlembagaan ini dan telah didaftarkan sedemikian sebagai anak orang itu atau
anak isteri atau anak suami orang itu.
13. SESEORANG ITU DENGAN TIDAK MENDAPAT KEBENARAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
TELAH MENERIMA APA-APA JAWATAN ATAU PEKERJAAN ATAU TELAH BERKHIDMAT ATAU
MENJALANKAN KEWAJIPAN DALAM APA-APA JAWATAN ATAU PEKERJAAN DI BAWAH KERAJAAN
MANA-MANA NEGERI DI LUAR PERSEKUTUAN.
Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di
bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui
penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan
Persekutuan, telah menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa
jawatan, perjawatan atau pekerjaan di bawah Kerajaan mana-mana negara di luar
Persekutuan atau mana-mana subbahagian politiknya, atau di bawah mana-mana
agensi Kerajaan.
- PERKARA
25(A), kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan
kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran
atau kemasukan ,jika berpuas hati bahawa orang itu, dengan tidak mendapat
kebenaran Kerajaan Persekutuan, telah menerima apa-apa jawatan atau
pekerjaan atau lebih berkhidmat dalam menjalankan kewajipan dalam
apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah kerajaan mana-mana agensi kerajaan
asing itu jika suatu sumpah, ikrar , atau akuan taat setia dikehendaki
tentang jawatan atau pekerjaan itu.
No comments:
Post a Comment